SEJARAH AT32 05/06

SEJARAH AT32 05/06
sem 2

Wednesday, March 24, 2010

Saturday, March 20, 2010

Our Geng... UPSI.. Sejarah ambilan JULAI 2005

sekarang semua dah jadi pendidik dah.. tak kire le cikgu ke, pensyarah IPTA ke, IPTS ke.. semuanye bergelar pendidik...

terima kasih kepada USTAZ IDRIS kerana membuat video ni.. jazakallah kher...

p/s: sebenarnya ada 2 versi video ni.. yang ni yang pertama kot.. yang latest korang leh tgk bile video pertama ni habes ditonton... xpun, tgk je kat youtube.. makasih Ustaz Deris.. 



Monday, March 8, 2010

maklumat sekolah berperestasi tinggi

http://temanpetunjuk.blogspot.com/2009/12/sekolah-berprestasi-tinggi-sbt.html

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010. myb masuk dlm interw...apa maksud SBT?...

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Saturday, March 6, 2010

CADANGAN PENUBUHAN PERSAUDARAAN SEJARAH UPSI 05/06 (PERSUPSI 05/06)

CADANGAN PENUBUHAN PERSAUDARAAN SEJARAH UPSI 05/06 (PERSUPSI 05/06)

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan wakil penaja kepada penubuhan PERSUPSI 05/06. Penubuhan PERSUPSI adalah hasil dari idea Mohd Saiful Bin Salim yang kita kasihi.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, kami sebagai penaja PERSUPSI ingin mempelawa saudara/i untuk menyertai PERSUPSI yang eksklusif untuk program Ijizah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah sesi 05/06. PERSUPSI secara umum merupakan persatuan sosial, kebajikan dan akademik yang bakal memainkan peranan utama dalam mengeratkan tali persahabantan antara kita, bekas pelajar AT32 Sejarah UPSI sesi 05/06. PERSUPSI di jangka akan mula beroperasi awal 2010.

3. Di sini saya sertakan cadangan objektif penubuhan PERSUPSI. Sebarang pindaan atau perubahan akan di maklumkan kelak kepada para ahli PERSUPSI.

3.1 Objektif PERSUPSI:-

3.1.1 Mengeratkan hubungan kemesraan dan keharmonian sesama ahli agar ikatan yang sedia wujud berkekalan dan berpanjangan dengan satu tali ikatan melalui PERSUPSI.

3.1.2 Menganjurkan aktiviti-aktiviti PERSUPSI secara berkala yang melibatkan penyertaan semua ahli bertujuan mengeratkan hubungan yang telah terjalin selama ini.

3.1.3 Mewujudkan rangkaian maklumat akdemik melalui kemudahan teknologi terkini seperti Blog, Web, Laman Sosial dan SMS bagi memudahkan perkongsian bahan PnP, nota-nota, soalan-soalan, info-info, bank soalan dan sebagainya untuk dimanfaatkan bersama.

3.1.4 Mewujudkan rangkaian maklumat peribadi melalui kemudakan ICT dan SMS. PERSUPSI akan berperana sebagai pusat maklumat kepada alamat kediaman, alamat sekolah, nombor telefon dan maklumat lain setiap ahli yang boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan pusat maklumat PERSUPSI.

3.1.5 PERSUPSI juga akan memainkan perana sebagai penghebah maklumat tentang perubahan alamat kediaman, alamat sekolah dan nombor telefon setiap ahli dalam alumni. PERSUPSI juga akan memainkan peranan menyampaikan berita tentang perkahwinan, kematian, kelahiran, pencapaian, kejayaan, kecelakaan dan maklumat lain yang penting untuk diketahui oleh semua ahli. Ini bermakna PERSUPSI akan mempunyai satu atau dua talian rasmi PERSUPSI –cellphone- untuk memudahkan maklumat di sampaikan dengan mudah dan cepat.

3.1.6 PERSUPSI akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik sesama ahli
-jika ada dan perlu- bagi menjamin keutuhan PERSUPSI.

3.1.7 PERSUPSI akan menjaga kebajikan ahli yang difikirkan memerlukan bantuan dari pihak PERSUPSI.

3.1.8 Segala pindaan atau perubahan dalam objektif PERSUPSI akan di maklumkan kelak.

4. Bagi mewujudkan sebuah pertubuhan yang lancar dan aktif, maka adalah perlu agar semua ahli PERSUPSI membayar yuran keahlian secara tahunan dengan kadar yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran PERSUPSI akan saya nyatakan di bawah dan ianya tertakluk kepada pindaan setelah mendapat persetujuan dan pandangan semua bakal ahli.

4.1 Yuran PERSUPSI:-

4.1.1 PERSUPSI akan membuat kutipan yuran tahunan kepada setiap ahli dan bagi memastikan kewangan dijaga dengan baik, akaun bank PERSUPSI akan diwujudkan dan bendahari yang berintegriti akan dipilih melalui undian semua ahli.

4.1.2 Cadangan yuran tahunan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM10 dan jumlah ini mungkin akan mengalami perubahan jika difikirkan releven dengan persetujuan mejoriti ahli.

4.1.3 Yuran yang dikenakan bertujuan melancarkan operasi alumni yang meliputi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dan menanggung kos operasi PERSUPSI meliputi kos tambah nilai cellphone PERSUPSI, urusan surat menyurat, kad jemputan reunion, dan kos-kos lain yang munasabah.

4.1.4 Yuran tahunan juga akan digunakan untuk tujuan kebajikan ahli dengan meghulurkan sedikit bantuan kewangan –ikhlas- jangka pendik, terhad dan segera sekiranya berlaku kecelakaan terhadap ahli, suami/isteri, ibubapa dan anak-anak ahli dalam PERSUPSI sekiranya perlu.

4.1.5 Dicadangkan Majlis Tertinggi –MT- PERSUPSI yang bakal dilantik berkhidmat secara sukarela dan tidak akan mendapat sebarang habuan kewangan. MT hanya akan mendapat imbuhan berbentuk diskaun harga dalam aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

4.1.6 Jumlah pendapatan dan perbelanjaan persatuan akan diedarkan kepada ahli secara tahunan melalui pos. Sekiranya ada inkuiri tentang akaun PERSUPSI, pihak PERSUPSI akan mengeluarkan penyata pendapatan dan perbelanjaan PERSUPSI dengan kadar segera kepada ahli melalui pos.

4.1.7 Segala pindaan atau perubahan dalam Perkara 4.1 -yuran PERSUPSI - akan di maklumkan kelak setelah mendapat pandangan semua ahli alumni.


“ Tiada manusia ibarat pulau terpencil; setiap seorang secebis dari benua,
sebahagian dari keseluruhan”

Selamat Datang ke Blog Waris Suluh Budiman!

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia...


Terima Kasih kerana sudi melawat blog ini
harap anda selesa berada di blog ini
disebabkan blog ini masih baru, masih belum ada item y di masukan
mungkin dalam beberapa hari blog ini akan di update
di harap sahabat-sahabat dapat memnyumbang kepada perkembangan blog ini
diharap blog ini jangan disalahguna
sila tinggalkan komen jika perlu untuk menjadikan blog ini lebih bermotivasi dan dapat dimajukan...sekian =)


sama-sama kita bersatu dalam satu barisan kesejarahan
salam sejarah...

-admin-

Friday, March 5, 2010

soalan sejarah tingkatan 2 bab 1

Untuk mendapatkan set soalan ujian ini secara lengkap, anda dinasihatkan memuat turun di ruangan DATA AKADEMIK PERSUPSI..

UJIAN 1: SMK PEREMPUAN LIKAS, KK
FEBRUARI 2010
PENGGUBAL SOALAN: EN. MOHD ZAHID AWANG JAIB


Jawab soalan berikut.


1. Pada kurun ke-18, SHTI memerlukan sebuah pelabuhan besar bagi menyaingi pelabuhan Betawi. Mengapakah SHTI memerlukan pelabuhan yang besar?

A. Menguasai rempah
B. Membanteras lanun
C. Menyaingi kuasa belanda
D. Mengumpul barangan tempatan

2. Maklumat berikut berkaitan dengan pendudukan SHTI di Pulau Pinang.

Keperluan yang dimaksudkan dalam maklumat di atas ialah

A. mengumpul bahan mentah tempatan
B. melindungi ancaman Belanda
C. menghapus ancaman lanun
D. menguasai pungutan cukai

3. Kedah sering diancam oleh tiga kuasa besar. Apakah kuasa-kuasa tersebut?
I. Siam
II. Bugis
III. Burma
IV. British

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4. Sultan Muhammad Jiwa telah menandatangani satu perjanjian dengan Firma Jourdain Sullivan and de Souza. Apakah faktor utama baginda menandatangani perjanjian tersebut?
A. Meminta bantuan daripada British untuk menentang ancaman Bugis
B. Menghentikan kegiatan firma yang menjalankan perdagangan hamba
C. Mengukuhkan kawasan pertanian negeri daripada ancaman lanun
D. Meminta bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan

5. Rajah di bawah menerangkan pendudukan SHTI di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.




Apakah alasan yang memberi peluang kepada tercetusnya peristiwa di atas?
I. Pergaduhan kongsi gelap
II. Masalah pewarisan takhta
III. Ancaman Siam dan Burma
IV. Ancaman British dan Bugis
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

6. Dialog di bawah mungkin diucapkan oleh pegawai Belanda dan pegawai British pada tahun 1814.

Apakah peristiwa yang menyebabkan perjanjian tersebut batal?
A. British memungkiri janji
B. Perang Napoleon telah tamat
C. British menduduki Singapura
D. Perjanjian InggerĂ­s-Belanda termeterai.

7. Stamford Raffles berazam untuk mendapatkan Singapura, tetapi beliau menghadapi masalah. Apakah masalah tersebut?
A. Stamford Raffles hilang pengaruh
B. Johor di bawah pengaruh Belanda
C. Johor menghadapi masalah politik
D. Stamford Raffles tidak mendapat bantuan SHTI

8. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah menamatkan pertikaian antara British dengan Belanda di Kepulauan Melayu. Apakah rumusan yang dapat dibuat daripada perjanjian ini?
A. Pihak Barat mengutamakan diri sendiri
B. Pihak British lebih berkuasa daripada Belanda
C. Pihak Barat memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu
D. Pihak Barat bekerjasama mengatasi lanun

9. Maklumat di bawah menunjukkan Negeri-Negeri Selat.





Mengapakah negeri-negeri di atas disatukan di bawah satu pentadbiran?
I. Mengatasi masalah kekurangan pegawai
II. Menyeragamkan pentadbiran
III. Menjimatkan perbelanjaan
IV. Mengukuhkan kekuatan ketenteraan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

10. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 di Negeri-Negeri Selat (NNS) menyebabkan
A. taraf pelabuhan bebas Singapura dikekalkan
B. pedagang NNS mengalami kerugian
C. mata wang pertama NNS diperkenalkan
D. nilai mata wang dolar Sepanyol jatuh

11. Mengapakah pedagang Negeri-Negeri Selat (NNS) mendesak kerajaan British mengambil berat tentang negeri-negeri Melayu?
A. Taraf hidup negeri-negeri Melayu rendah.
B. Kekacauan di negeri-negeri Melayu mengancam pelaburan mereka.
C. Pedagang NNS mahu meluaskan pasaran.
D. Sultan negeri-negeri Melayu meminta bantuan ketenteraan.

12. Pernyataan berikut merujuk kepada tindakan British.



Apakah motif British berbuat demikian?
A. Persaingan dengan kuasa Perancis
B. Kebimbangan campur tangan kuasa barat yang lain
C. Perbalahan antara Raja Siam dengan Sultan Kedah
D. Keinginan membantu Siam mengukuhkan bidang ketenteraannya


13. Apakah kuasa yang diberi oleh kerajaan British kepada Syarikat Hindi Timur Inggeris (SHTI) yang ditubuhkan di England pada tahun 1600?
I. Meluaskan tanah jajahan
II. Mencari peluang perniagaan
III. Mengawal jalan perdagangan
IV. Menjalankan perdagangan antarabangsa

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

14. Dialog di bawah berkaitan dengan pergolakan politik di Kedah pada tahun 1700-an.

Berdasarkan dialog di atas, apakah tindakan Sultan Muhammad Jiwa yang menyebabkan peristiwa di atas?
A. Membuat pakatan dengan British
B. Memungkiri janjinya dengan British
C. Menyerahkan Pulau Pinang kepada British
D. Melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah

15. Pernyataan di bawah merujuk kepada usaha sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah yang diancam oleh Bugis dan Siam.


Apakah hasil rundingan tersebut?
A. Sultan Kedah membenarkan British membina pangkalan tentera
B. Sultan Kedah mengizinkan firma mengawal perairan Kedah
C. Firma bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah
D. Firma bersetuju membantu membangunkan pelabuhan Kuala Kedah

16. Negeri-negeri Melayu Utara akan menghantar bunga emas setiap tiga tahun sekali kepada Siam yang bertujuan untuk
A. Persaudaraan
B. Persahabatan
C. Perlindungan
D. Penjajahan








17. Pernyataan berikut berkaitan dengan penjajahan SHTI di Pulau Pinang.

Apakah pengajaran yang dapat anda simpulkan daripada pernyataan di atas?
A. Pulau Pinang perlu diberi kepada SHTI untuk dimajukan
B. Bersatu padu menawan negeri orang lain
C. Memburukkan negara ketika berada di luar negara.
D. Mencintai negara dan berwaspada terhadap anasir luar

18. Apakah syarat-syarat Perjanjian Inggeris – Kedah 1786?

I. SHTI akan membantu Kedah daripada serangan musuh
II. SHTI tidak akan melindungi musuh Kedah
III. SHTI melantik seorang residen di Kedah
IV. SHTI membayar pampasan 30000 dolar Sepanyol setahun

A.I,II dan III C. I,III dan IV
B.I,II dan IV D. II,III dan IV


19. Dialog di bawah mungkin berlaku pada tahun 1791 di Kedah.
Mengapakah Sultan Abdullah mengarahkan sedemikian?
A. Untuk mengambil semula Pulau Pinang
B. Untuk menggagalkan serangan Siam
C. Untuk menyekat kemaraan tentera British
D. Untuk membanteras kegiatan lanun di perairan Kedah

20. Apakah yang ditawarkan oleh Sultan Muhammad kepada Francis Light sekiranya Francis Light memberi bantuan ketenteraan kepada Sultan Muhammad Jiwa?
A. Firma dibenarkan untuk membina loji di Kuala Kedah
B. Firma akan mendapatkan ganjaran yang lumayan daripada kerajaan kedah
C. Firma dibenarkan untuk membuka petempatan di Pulau Pinang.
E. Firma dibenarkan berperang di Kuala Kedah

21. Pertempuran berikut berlaku di Seberang Perai pada tahun 1791.

Apakah kesan langsung daripada peristiwa di atas?
A. Kedah menyerahkan Seberang Perai
B. Kedah menjadi pelabuhan entrepot
C. British menamatkan pertikaian takhta
D. British menduduki Pulau Pinang secara rasmi

22. Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai.
Apakah kepentingan kawasan tersebut kepada SHTI?
I. Membina loji perdagangan
II. Membendung ancaman lanun
III. Membekalkan tanaman makanan
IV. Menjadikan benteng tahanan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

23. SHTI enggan memberi bantuan kepada Kedah kerana
A. SHTI tidak mempunyai tentera yang cukup
B. Tindakan SHTI dihalang oleh Kerajaan Siam
C. SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
D. SHTI ingin mengenakan Kedah agar Kedah jatuh ke tangan kuasa Eropah lain

24. Apakah status Kedah dalam perjanjian berikut?

A. Tanah bebas
B. Negeri naungan
C. Tanah jajahan
D. Negeri berdaulat

25. Maklumat berikut merujuk kepada syarat perjanjian.

Perjanjian manakah yang mengandungi syarat tersebut?
A. Perjanjian Kew
B. Perjanjian Burney
C. Perjanjian Inggeris-Kedah
D. Perjanjian Persahabatan dan Perikatan

26. Perjanjian Burney telah ditandatangani antara Rama III iaitu Raja Siam dan Henry Burney pada Jun 1826.
Apakah syarat yang terdapat dalam perjanjian tersebut?
I Pendudukan British di Pulau Pinang akan mendapat pengiktirafan Siam
II Sultan kedah tidak akan mendapat bantuan British untuk menyerang musuhnya
III British akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin II tinggal di Kedah
IV Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang akan dihantar balik oleh British ke Kedah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Mengapakah SHTI berasa kecewa dengan Pulau Pinang?
A. Sultan Kedah tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi
B. Banyak kekacauan yang berlaku di Pulau Pinang
C. Sultan Kedah tidak membenarkan pedagang berniaga di Pulau Pinang
D. Pulau Pinang mempunyai kedudukan yang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkan banyak pedagang singgah di Betawi, Lingga dan Riau

28. Pernyataan berikut berkaitan usaha British untuk menjajah Singapura daripada Johor.

Siapakah yang dimaksudkan dengan X?
A. William Elpherd
B. Stevenson George
C. Stamford Raffles
D. John Crawfurd

29. Apakah kelebihan Singapura yang menarik perhatian Stamford Raffles untuk menjajah Singapura?
A. Singapura merupakan benteng ketahanan yang kukuh
B. Singapura merupakan sebuah pelabuhan yang mempunyai pemandangan yang indah
C. Singapura dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka
D. Singapura merupakan pelabuhan yang pernah menjadi tanah jajahan British

30. Maklumat berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pedang British di Betawi.
Apakah tindakan British bagi mengatasi masalah tersebut?
A. Mendirikan petempatan di Singapura
B. Menyekat kegiatan perdagangan Belanda
C. Menandatangani Perjanjian Inggeris- Belanda
D. Membentuk pakatan dengan pembesar di Indonesia

31. Ketika Perang Napeleon (1793-1814), Belanda menyerahkan kawasan wilayahnya di Timur kepada British.
Mengapakah Belanda bertindak sedemikian?
A. Menjamin kedudukan di Melaka
B. Mendapatkan Singapura daripada British
C. Mengelakkan penguasaan daripada Perancis
D. Membalas budi bantuan ketenteraan British

32. Apakah persamaan kawasan berikut?





A. Tempat pengeluaran getah
B. Wilayah taklukan Johor
C. Tanah Jajahan Mahkota British
D. Pelabuhan entrepot antarabangsa

33. SHTI menghadapi masalah bagi menduduki Singapura.
Apakah masalah tersebut?
A. Persaingan kuasa Barat
B. Bantahan daripada Belanda
C. Kekurangan sumber kewangan
D. Penentangan pembesar tempatan

34. Pernyataan berikut merujuk usaha British menjajah Singapura.






Apakah tindakan Raffles untuk mengambil Singapura?
A. Menyerang Singapura
B. Menabalkan Tengku Hussein sebagai sultan
C. Menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
D. Melantik Temenggung Abdul Rahman sebagai pemerintah Singapura

35. Rajah berikut menerangkan peranan yang dimainkan oleh seorang individu di Singapura.

Siapakah yang dimaksudkan dengan X?
A. Sultan Hussein
B. Bendahara Ali
C. Sultan Abdul Rahman
D. Temenggung Abdul Rahman

36. Rajah berikut merujuk kepada perlantikan pewaris takhta kerajaan Johor.
Mengapakah Tengku Hussein tidak ditabalkan menjadi Sultan Johor?
A. Beliau merupakan anak yang derhaka
B. Beliau merupakan anak angkat Sultan Mahmud III
C. Beliau berada di Pahang semasa upacara pemakaman almarhum sultan
D. Beliau bertindak untuk menyerang British

37. Pernyataan berikut merujuk kepada kesan masalah pewarisan takhta Johor.

Apakah punca berlakunya masalah pewarisan takhta tersebut?
A. Campur tangan Temenggung dalam pertabalan sultan
B. Putera sulung dinafikan haknya menjadi sultan
C. Kegagalan sultan menamakan penggantinya
D. Pengiktirafan British tidak diperoleh terlebih dahulu

38. Apakah tujuan pegawai British berikut bertindak demikian?

A. Menentang monopoli perdagangan Belanda
B. Menyatukan jajahan takluk kerajaan Johor
C. Menggunakan helah bagi menduduki Singapura
D. Memupuk kesetiaan rakyat terhadap pemerintah Johor

39. Pada tahun 1819, Raffles menabalkan Sultan Hussein sebagai Sultan Johor.
Apakah implikasi tindakan Raffles terhadap kerajaan Johor?
A. Mempunyai dua orang pemerintah
B. Memecahkanbelah perpaduan rakyat
C. Mengalami kemajuan kegiatan perdagangan
D. Menyelesaikan masalah perebutan takhta

40. Senarai berikut ialah perjanjian SHTI dengan Sultan Hussein.

Apakah kesan langsung perjanjian tersebut?
A. Temenggung berkuasa mengutip cukai
B. British memiliki Singapura secara rasmi
C. Sultan Hussein terpaksa berpindah dari Singapura
D. Hanya pedagang British boleh berdagang di Johor

41. Ungkapan berikut menggambarkan reaksi Sultan Abdul Rahman, Sultan Johor terhadap perjanjian Januari 1819.

Apakah tindakan Raffles menghadapi bantahan tersebut?
A. Melancarkan serangan dengan Belanda
B. Mencari sebuah pangkalan baru
C. Menambahkan bayaran pampasan
D. Menabalkan Tengku Hussein

42. Rajah di bawah merujuk kepada perpindahan pusat pemerintahan Johor atas arahan SHTI.

Apakah alasan SHTI atas perpindahan tersebut?
A. Mengelakkan ancaman lanun
B. Melicinkan pentadbiran
C. Memajukan Singapura
D. Mengikut kehendak Bugis

43. Mengapakah Belanda mempertikaikan tindakan Stamford Raffles membuka petempatan di Singapura?
I. Menjejaskan perdagangan Betawi
II. Singapura di bawah lingkungan pengaruhnya
III. Menyukarkan pentadbiran Belanda
IV. Singapura terikat dengan perjanjian

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

44. Dialog berikut berkaitan dengan penjajahan SHTI di Singapura.

Berdasarkan dialog tersebut, mengapakah tindakan British mendapat tentangan Belanda?
A. Menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
B. Melanggar syarat Perjanjian London
C. Melemahkan kekuasaan kerajaan Riau-Lingga
D. Mengancam kuasa dan pengaruh pembesar Melayu Johor

45. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perjanjian.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian tersebut?
A. Kita perlu bertolak ansur dengan pendatang
B. Kita harus bersatu mengekalkan kemerdekaan
C. Kuasa British berkuasa menentukan apa-apa sahaja
D. Kuasa-kuasa besar bertindak sesuka hati terhadap negara lemah

46. Jadual di bawah merujuk sistem pentadbiran di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Pulau Pinang Ditadbir oleh Leftenan Gabenor
Singapura dan Melaka Ditadbir oleh X

Berdasarkan jadual di atas, siapakah yang dimaksudkan dengan X?
A. Wakil British
B. Konsuler
C. Residen Jeneral
D. Residen
47. Apakah tanggungjawab Gabenor Jeneral di India?
A. Beliau bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang dan semua dasar Negeri-Negeri Selat
B. Beliau bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas apabila diarahkan oleh SHTI
C. Beliau bertanggungjawab untuk menasihati sultan
D. Beliau bertanggungjawab untuk menerima aduan daripada penduduk tempatan

48. Jadual di bawah merujuk kepada perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS).

Tahun Pentadbiran NNS
1826 India
1867 London

Mengapakah perpindahan tersebut berlaku?
A. Pengabaian kebajikan NNS
B. Masalah kegiatan lanun
C. Penggunaan mata wang rupee India
D. Pengesahan taraf pelabuhan bebas Singapura

49. Maklumat di bawah berkaitan dengan Negeri-Negeri Selat (NNS).

Apakah yang dimaksudkan dengan X?
A. Majlis Perundangan
B. Majlis Pentadbiran
C. Pejabat Tanah Jajahan
D. Pejabat Gabenor Jeneral

50. Apakah peranan yang dimainkan oleh Negeri-Negeri Selat (NNS)?
A. Tempat penginapan pedagang asing
B. Perdagangan Negeri-Negeri Melayu dikendalikan oleh NNS yang merupakan pelabuhan entrepot
C. Tempat pelancongan dan rekreasi pedagang asing
D. Pangkalan tentera NNS