SEJARAH AT32 05/06

SEJARAH AT32 05/06
sem 2

Saturday, March 6, 2010

CADANGAN PENUBUHAN PERSAUDARAAN SEJARAH UPSI 05/06 (PERSUPSI 05/06)

CADANGAN PENUBUHAN PERSAUDARAAN SEJARAH UPSI 05/06 (PERSUPSI 05/06)

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan wakil penaja kepada penubuhan PERSUPSI 05/06. Penubuhan PERSUPSI adalah hasil dari idea Mohd Saiful Bin Salim yang kita kasihi.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, kami sebagai penaja PERSUPSI ingin mempelawa saudara/i untuk menyertai PERSUPSI yang eksklusif untuk program Ijizah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah sesi 05/06. PERSUPSI secara umum merupakan persatuan sosial, kebajikan dan akademik yang bakal memainkan peranan utama dalam mengeratkan tali persahabantan antara kita, bekas pelajar AT32 Sejarah UPSI sesi 05/06. PERSUPSI di jangka akan mula beroperasi awal 2010.

3. Di sini saya sertakan cadangan objektif penubuhan PERSUPSI. Sebarang pindaan atau perubahan akan di maklumkan kelak kepada para ahli PERSUPSI.

3.1 Objektif PERSUPSI:-

3.1.1 Mengeratkan hubungan kemesraan dan keharmonian sesama ahli agar ikatan yang sedia wujud berkekalan dan berpanjangan dengan satu tali ikatan melalui PERSUPSI.

3.1.2 Menganjurkan aktiviti-aktiviti PERSUPSI secara berkala yang melibatkan penyertaan semua ahli bertujuan mengeratkan hubungan yang telah terjalin selama ini.

3.1.3 Mewujudkan rangkaian maklumat akdemik melalui kemudahan teknologi terkini seperti Blog, Web, Laman Sosial dan SMS bagi memudahkan perkongsian bahan PnP, nota-nota, soalan-soalan, info-info, bank soalan dan sebagainya untuk dimanfaatkan bersama.

3.1.4 Mewujudkan rangkaian maklumat peribadi melalui kemudakan ICT dan SMS. PERSUPSI akan berperana sebagai pusat maklumat kepada alamat kediaman, alamat sekolah, nombor telefon dan maklumat lain setiap ahli yang boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan pusat maklumat PERSUPSI.

3.1.5 PERSUPSI juga akan memainkan perana sebagai penghebah maklumat tentang perubahan alamat kediaman, alamat sekolah dan nombor telefon setiap ahli dalam alumni. PERSUPSI juga akan memainkan peranan menyampaikan berita tentang perkahwinan, kematian, kelahiran, pencapaian, kejayaan, kecelakaan dan maklumat lain yang penting untuk diketahui oleh semua ahli. Ini bermakna PERSUPSI akan mempunyai satu atau dua talian rasmi PERSUPSI –cellphone- untuk memudahkan maklumat di sampaikan dengan mudah dan cepat.

3.1.6 PERSUPSI akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik sesama ahli
-jika ada dan perlu- bagi menjamin keutuhan PERSUPSI.

3.1.7 PERSUPSI akan menjaga kebajikan ahli yang difikirkan memerlukan bantuan dari pihak PERSUPSI.

3.1.8 Segala pindaan atau perubahan dalam objektif PERSUPSI akan di maklumkan kelak.

4. Bagi mewujudkan sebuah pertubuhan yang lancar dan aktif, maka adalah perlu agar semua ahli PERSUPSI membayar yuran keahlian secara tahunan dengan kadar yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran PERSUPSI akan saya nyatakan di bawah dan ianya tertakluk kepada pindaan setelah mendapat persetujuan dan pandangan semua bakal ahli.

4.1 Yuran PERSUPSI:-

4.1.1 PERSUPSI akan membuat kutipan yuran tahunan kepada setiap ahli dan bagi memastikan kewangan dijaga dengan baik, akaun bank PERSUPSI akan diwujudkan dan bendahari yang berintegriti akan dipilih melalui undian semua ahli.

4.1.2 Cadangan yuran tahunan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM10 dan jumlah ini mungkin akan mengalami perubahan jika difikirkan releven dengan persetujuan mejoriti ahli.

4.1.3 Yuran yang dikenakan bertujuan melancarkan operasi alumni yang meliputi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dan menanggung kos operasi PERSUPSI meliputi kos tambah nilai cellphone PERSUPSI, urusan surat menyurat, kad jemputan reunion, dan kos-kos lain yang munasabah.

4.1.4 Yuran tahunan juga akan digunakan untuk tujuan kebajikan ahli dengan meghulurkan sedikit bantuan kewangan –ikhlas- jangka pendik, terhad dan segera sekiranya berlaku kecelakaan terhadap ahli, suami/isteri, ibubapa dan anak-anak ahli dalam PERSUPSI sekiranya perlu.

4.1.5 Dicadangkan Majlis Tertinggi –MT- PERSUPSI yang bakal dilantik berkhidmat secara sukarela dan tidak akan mendapat sebarang habuan kewangan. MT hanya akan mendapat imbuhan berbentuk diskaun harga dalam aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

4.1.6 Jumlah pendapatan dan perbelanjaan persatuan akan diedarkan kepada ahli secara tahunan melalui pos. Sekiranya ada inkuiri tentang akaun PERSUPSI, pihak PERSUPSI akan mengeluarkan penyata pendapatan dan perbelanjaan PERSUPSI dengan kadar segera kepada ahli melalui pos.

4.1.7 Segala pindaan atau perubahan dalam Perkara 4.1 -yuran PERSUPSI - akan di maklumkan kelak setelah mendapat pandangan semua ahli alumni.


“ Tiada manusia ibarat pulau terpencil; setiap seorang secebis dari benua,
sebahagian dari keseluruhan”

1 comment:

  1. diharap para sahabat dapat memahami objektif PERSUPS...dan semoga objektif tercapai...

    -ADMIN-

    ReplyDelete